Kerjaya antarabangsa Alphonse Areola

Areola telah mewakili Perancis dalam semua peringkat umur. Beliau juga sebenarnya layak untuk mewakili pasukan kebangsaan Filipina oleh kerana kedua ibu bapanya berasal daripada keturunan Filipina. Pada tahun 2011, beliau secara peribadinya telah dijemput oleh pengurus Filipina, Dan Palami untuk membuat pertimbangan bagi mewakili negara itu.[43]

Belia

Areola telah mewakili pasukan belia Perancis dari peringkat bawah-16 sehingga bawah-21 Perancis antara tahun 2008 dan 2014. Beliau merupakan wira kepada pasukan bawah-20 dalam perlawanan akhir Piala Dunia B-20 2013. Selepas kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan gol, perlawanan telah diheret ke penentuan penalti. Areola berjaya menyelamatkan tendangan penalti daripada dua pemain Uruguay, Emiliano Velázquez dan Giorgian De Arrascaeta sekali gus membawa pasukannya untuk mencapai kejayaan pertama dalam kejohanan itu.[44] Pada sebelum ini, beliau pernah mewakili Perancis ke Kejohanan Bola Sepak Eropah Bawah-17 UEFA 2010 dan Kejohanan Bola Sepak Eropah Bawah-19 UEFA 2012 dan kemudiannya di Kejohanan Bola Sepak Eropah Bawah-21 UEFA 2015.

Senior

Pada 1 Oktober 2015, Areola memperoleh panggilan pertamanya daripada skuad senior oleh pengurus Didier Deschamps untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Armenia dan Denmark sebagai langkah persediaan Perancis menjadi tuan rumah kejohanan UEFA Euro 2016.[45] Beliau gagal untuk layak memasuki skuad yang mengambil bahagian dalam kejohanan itu. Namun, beliau kemudiannya dipanggil oleh skuad senior lagi untuk tiga perlawanan berasingan iaitu perlawanan persahabatan dan aksi kelayakan Piala Dunia 2018 dari bulan September hingga November 2016. Beliau terpaksa digugurkan daripada skuad kerana buku lalinya telah terkehel.[46]

Pada 17 Mei 2018, beliau telah disenaraikan ke dalam skuad Deschamps untuk mengambil bahagian ke kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia. Di sana, beliau berperanan menjadi penjaga gol ketiga Perancis di belakang Hugo Lloris dan Steve Mandanda yang menyaksikan Perancis memenangi kejohanan itu.[47][48] Pada masa yang sama, beliau menjadi pemain pertama sejak pemain Argentina, Héctor Zelada pada edisi 1986 untuk menjulang trofi Piala Dunia walaupun tanpa melakukan sebarang penampilan langsung untuk negaranya pada sebelum ini.[49] Kemudian pada tahun itu, disebabkan Lloris mengalami kecederaan paha, Areola telah dipilih untuk menjadi penjaga gol utama Perancis dalam perlawanan pembukaan Liga Negara-Negara UEFA menentang Jerman pada 6 September.[50] Beliau berjaya menghasilkan jersi bersih pada penampilan sulungnya dan dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan dalam aksi yang berkesudahan seri tanpa jaringan.[51]

Rujukan

WikiPedia: Alphonse Areola http://www.africatopsports.com/2013/07/11/alphonse... http://bleacherreport.com/articles/2372385-alphons... http://bleacherreport.com/articles/2671998-alphons... http://kwese.espn.com/football/paris-saint-germain... http://www.espnfc.com/club/paris-saint-germain/160... http://www.espnfc.com/club/paris-saint-germain/160... http://www.espnfc.com/spanish-primera-division/mat... http://www.espnfcasia.com/club/paris-saint-germain... http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://www.fourfourtwo.com/news/areola-completes-b...